Terima Kasih kerana melawat blog saya. Sila datang lawat lagi dan sama-sama kita berkongsi ilmu pe

Friday, 30 March 2018



 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

😍 Hai semua! Selamat datang ke laman ini. 😍

Saya Phoon Huey Shan merupakan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 6 Ambilan Jun 2015 opsyen Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dari IPG Kampus Kota Bharu ingin memperkenalkan projek Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran saya iaitu "SEKENO" selaras dengan subjek kerja kursus yang saya pelajari pada semester ini iaitu PKUK3152/Inovasi Digital Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. SEKENO adalah singkatan daripada "Seronoknya Kenal Nombor". Projek inovasi ini menfokuskan mata pelajaran Matematik yang bertajuk nombor bulat dalam lingkungan 1 hingga 10 bersesuaian dengan DSKP Matematik Pendidikan Khas Tahap 1. Dalam projek ini, saya juga menerapkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran visual, verbal, matematik-logikal dan seni selaras dengan Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori tokoh Howard Gardner (1983).

Untuk penggunaan projek inovasi ini, saya menggunakan blog sebagai platform untuk memudahkan pengguna mengakses dan  menggunakan bahan-bahan inovasi yang telah saya sediakan. Penggunaan blog adalah lebih mudah dan berleluasa serta tidak mewajibkan  pengguna untuk membuka akaun tertentu bagi mengaksesnya seperti FrogVLE dan sebagainya. 
Terdapat 4 langkah pembelajaran yang disediakan iaitu:

1. Pengguna hendaklah klik pada video pengajaran dan pengenalan nombor dalam lingkungan 1 hingga 10 untuk menontonnya.

2.  Selesai menonton video pengajaran, pengguna boleh klik pada video seterusnya iaitu video Uji Minda Anda untuk menguji kefahaman murid secara lisan tanpa pemarkahan.

3. Setelah itu, pengguna dikehendaki klik pada link Quizziz untuk sesi penilaian kefahaman pengguna yang akan memaparkan markah pengguna pada akhir kuiz.

4. Selepas itu, pengguna boleh klik pada link yang disediakan untuk mendapatkan salinan lembaran kerja bagi aktiviti mengenal nombor dengan mewarna.

OBJEKTIF INOVASI
1. Memudahkan murid untuk mengenal nombor bulat dalam lingkungan 1 hingga 10 dengan cepat dan berkesan.
2. Memberikan latih tubi yang bersesuaian dengan pembelajaran untuk mengukuhkan pemahaman murid dalam topik ini.
3. Mengekalkan fokus murid dalam PdP melalui penerapan pelbagai media.
4. Mencungkil daya kreativiti murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
5. Memberikan panduan penggunaan alatan teknologi secara bermakna di mana-mana sahaja.

ELEMEN YANG TERDAPAT DALAM PROJEK INOVASI SEKENO:

1.  Video Pengajaran Animasi
2.  Video Uji Minda secara lisan
3.  Kuiz yang warna-warni
4.  Bahan Lembaran kerja kemahiran seni
5.  Pembelajaran Atas Talian
6.  Pembelajaran Abad ke-21
7.  Pembelajaran berpusatkan murid
8.  Pembelajaran yang mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai


KELEBIHAN INOVASI

1.  Mudah diakses dan digunakan melalui platform Blog
2.  Tidak menggunakan kos untuk sebarang caj pembayaran
3.  Boleh diakses di mana sahaja pada bila-bila masa
4.  Pengajaran dan Pembelajaran yang berteraskan elemen TMK
5. Bahan pengajaran yang mempunyai pelbagai animasi, menarik, warna-warni, dan menerapkan pelbagai kemahiran kecerdasan seperti kemahiran visual, verbal dan seni.

Sebelum kita mengetahui apakah projek inovasi digital yang ingin dikupaskan, marilah mengenali dahulu apakah topik yang ingin difokuskan dalam projek SEKENO ini.

Nombor bulat merupakan nombor-nombor seperti 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan seterusnya dan boleh ditulis dalam bentuk perkataan atau angka. Nombor bulat ini tidak mempunyai titik perpuluhan pada belakang angka. Contohnya:

1
satu
2
dua
3
tiga
4
empat
5
lima
6
enam
7
tujuh
8
lapan
9
sembilan
10
sepuluh

  
 PROJEK INOVASI SEKENO
 SEronoknya KEnal NOmbor!
Sila mengikuti langkah-langkah di bawah untuk memulakan penggunaan SEKENO.

MANUAL PENGGUNAAN:

https://drive.google.com/open?id=1Ck10zp0cnP4kRuea1KX4sHklQi5z-UfK

1.VIDEO PENGAJARAN DAN PENERANGAN
Klik pada gambar di bawah untuk menonton video pengajaran. 


https://www.youtube.com/watch?v=VN4azi8aQcs 


2.VIDEO UJI MINDA ANDA (PENILAIAN LISAN)
Klik pada gambar di bawah untuk menonton video ini.


https://www.youtube.com/watch?v=9IcwNUMSfZ8 


3.KUIZ (PENILAIAN PEMAHAMAN)
Klik pada gambar di bawah untuk menjawab kuiz.
https://quizizz.com/join/?source=featuredPage
CODE: 682619


4.LEMBARAN KERJA (PENGUKUHAN)
Sila tekan link di bawah untuk mendapatkan salinan lembaran kerja.
https://drive.google.com/open?id=1Sl_93ETeotRS0HOQWmztQdkdd23BYSgs

https://drive.google.com/open?id=1Sl_93ETeotRS0HOQWmztQdkdd23BYSgs   https://drive.google.com/open?id=1Sl_93ETeotRS0HOQWmztQdkdd23BYSgs  https://drive.google.com/open?id=1Sl_93ETeotRS0HOQWmztQdkdd23BYSgs  https://drive.google.com/open?id=1Sl_93ETeotRS0HOQWmztQdkdd23BYSgs

Semoga projek ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberikan kebaikan kepada pengguna dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebarang komen atau cadangan penambahbaikan bolehlah ditulis pada ruangan komen yang telah disediakan di bawah. 
πŸ’œ Terima kasih πŸ’œ

7 comments:

  1. Konsep pengajaran yang kreatif dan bersesuaian dengan teknologi yang ada sekarang. Harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Ringkas, padat dan mudah difahami. Pengaplikasiaannya relevan dengan kemajuan teknologi yang ada pada zaman ini. Ibu bapa juga dapat mengakses kuiz yang ada dengan anak-anak di rumah.

    ReplyDelete
  3. Inovasi yg memg sesuai bagi pembelajaran abad 21. Tahniah

    ReplyDelete
  4. Kuiz yang digunakan menunjukkan gambar yang menarik apabila soalan dijawab dengan betul. Inovasi yang diperkenalkan bukan sahaja mengandungi kuiz, tetapi juga mengandungi nota dan video yang ringkas dan padat yang membantu pembelajaran murid selaras dengan pembelajaran abad ke-21. Bravo πŸ‘

    ReplyDelete

 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 😍 Hai semua! Selamat datang ke laman ini. 😍 Saya Phoon Huey Shan merupakan gu...